sejarah | generasi_
 



GENERASI 1998/1999 | SEPT '98 - OGOS '99

Layari generasi-generasi Al:Masaar:
93/94 | 94/95 | 95/96 | 96/97 | 97/98 | 98/99 | 99/00 | 00/01 | 01/02 | 02/03 | 03/04 | 04/05

 

GENERASI 1998/1999 | SEPT '98 - MEI '99
generasi pertama al-masaar telah pun menamatkan pengajian mereka di peringkat menengah tinggi di Kuwait dengan penuh kecemerlangan. Kini tiba masanya untuk mereka melakar hala tuju masing-masing di dalam menongkah kehidupan sebagai penuntut ilmu Allah yang maha luas. Ada yang mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di dalam ijazah sarjana muda di Kuwait, samada di Universiti Kuwait atau di Universiti Pendidikan Kuwait. Ada pula yang berpeluang meneruskan pengajian di sekitar Timur Tengah seperti Jordan, Arab Saudi dan sebagainya. Tidak lupa juga beberapa orang lain yang meneruskan tradisi menuntut ilmu di tanahair.Tidak terkecuali, 3 orang anggota al-masaar yang alhamdulillah diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (aziz, hamzah dan mu'adz). Di UIAM, mereka terus bergiat aktif walaupun bertiga.

AL-MASAAR (SYUWAIKH DIVISION)

 
Muhd. Ameen Kamaruzaman   M. Saiful Adli
Ayub

AL-MASAAR (SALMIYA DIVISION)

     
Mohd. Effendi
Suparde
  Adol Ayi
Yuno
  Mohd. Dzariff
Abdul Wahab
  Faiz Farid
Syukri

AL-MASAAR (QORTUBA DIVISION)

             
Al-amin
Jaminon
  Mohd. Ali
Rohani
  Mohd. Hamzah
Hamid
  Mohd. Hasrudi
Norhisham Tham
  Sofyan
Mohd. Yadi
  Iqbal   Nuzaihan
Hamdan
  Mohd. Salehin
Deros

   
Zarizan
Ibrahim
  Syed Huzaifah
Syed Osman Alkaff
  Mustafalhafi
Afandi


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA | SEPT '98 - OGOS '99
Fasa ini (fasa di uiam) adalah yang sedikit rumit apabila bilangan ahli kumpulan adalah teramat sedikit. Isu utama yang selalu timbul ialah penyusunan vokal. Namun, segalanya dapat diatasi dengan kreativiti, sedikit ilmu dan kajian terdahulu, beserta semangat untuk menyampaikan kebenaran. Fasa ini amat menarik kerana di sini lah al-masaar dipertemukan dengan lebih ramai seniman-seniman, samada nasyid, khat, perkusi, puisi, teater dan sebagainya. Antara yang dikenali ramai kini ialah AlarmMe, dan Arifin dari kumpulan Hijjaz. Tidak ketinggalan kumpulan super senior, Suara Hati. Banyak yang kami timba bersama mereka. Secara tidak langsung ini membuahkan sebuah ukhuwwah yang manis dan kukuh, seperti yang kami rasai dahulu di Kuwait. Pernah kami diajak untuk bergabung dengan kumpulan AlarmMe yang ketika itu tinggal 3 orang (asalnya lima orang dan memang powerful babe!) dan di dalam perancangan merakam album. Tetapi apa yang sempat kami lakukan hanyalah gabungan semasa persembahan sahaja. Ketika fasa ini juga, al-masaar meluaskan lagi jaringan ukhuwahnya dengan beberapa kali menjemput penyanyi dan percussionist tambahan; antaranya saudara Johan (vocals/ percussions), Malek (percussions), Ammar (percussions), Fatah (percussions), Fuad (vocals), Mus'ab (vocals/ percussions), dan Ar-Rijaal (percussions). Kombinasi ini nyata mantap dan memberi tiupan kekuatan bagi al-masaar sendiri. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat kami yang telah banyak menolong kami. Ketika fasa ini berlangsung, anggota-anggota al-masaar yang masih di Kuwait meneruskan perjuangan tanpa putus-putus.

AL-MASAAR (aka MASAAR @ MALAYSIA)

   
Abdul Aziz
Nordin
  Hamzah
Kamaruzaman
  Mu'adz
Dzulkefly


SUMMER HOLIDAYS 1999 | JUN '99 - OGOS '99
musim panas tiba lagi, begitu juga musim cuti. anggota-anggota al-masaar kembali ke tanahair masing-masing. sepanjang cuti musim panas kali ini, ada yang kembali buat selamanya, dan ada yang tidak. apa pun, mereka terus memainkan peranan mereka. nama al-masaar bukan sekadar berkumandang di bumi Malaysia, malah anggota-anggota al-masaar yang kembali ke Temasek (kini Singapura) juga sibuk dengan aktiviti persembahan nasyid dan aktiviti-aktiviti kesenian yang lain, dan menamakan diri mereka al-manar. gabungan al-manar antara yang terhebat pernah disakssikan di dalam sejarah al:masaar.

al-masaar @ uiam: aziz, hamzah dan mu'adz.

al-masaar @ singapore; vocalists: ali, dzariff, effendi, mustaqim dan sofyan.

AL-MASAAR (aka MASAAR @ MALAYSIA)

   
Abdul Aziz
Nordin
  Hamzah
Kamaruzaman
  Mu'adz
Dzulkefly

AL-MANAR (aka MASAAR @ SINGAPORE)

       
Mohd. Effendi
Suparde
  M. N. Mustaqim
Abdullah
  Mohd. Dzariff
Abdul Wahab
  Mohd. Ali
Rohani
  Sofyan
Mohd. Yadi





Layari generasi-generasi Al:Masaar:
93/94 | 94/95 | 95/96 | 96/97 | 97/98 | 98/99 | 99/00 | 00/01 | 01/02 | 02/03 | 03/04 | 04/05

___________________________________________________________________________________
index | utama | intro | profail | sejarah | terkini | artikel | rakan | pautan | arkib | forum

Al:Masaar is:
Al-Amin Jaminon | Abdul Aziz Nordin | Mohd. Effendi Suparde | Hamzah Kamaruzaman | Mu'adz Dzulkefly | Sofyan Mohd. Yadi

Best Experience: IE 5.0 ++ | 1024x768. Kindly optimise your screen's contrast & brightness controls for best viewing of colours and effects. For your convenience, use broadband connection. This site is heavy. This site is updated weekly. The web developer & Al:Masaar can both be contacted at masaarhood@yahoo.com, for comments, enquiries or whatsoever.

Developer's assistants: storage doorway | primary colours chart