sejarah | generasi_
 



GENERASI 1995/1996 | SEPT '95 - OGOS '96

Layari generasi-generasi Al:Masaar:
93/94 | 94/95 | 95/96 | 96/97 | 97/98 | 98/99 | 99/00 | 00/01 | 01/02 | 02/03 | 03/04 | 04/05

 

GENERASI 1995/1996 | SEPT '95 - MEI '96
al-masaar maju setapak lagi apabila berlakunya pertambahan ahli yang amat memberansangkan dengan ketibaan pelajar-pelajar baru di Kuwait, sesuai dengan bermulanya sesi pengajian yang baru, 1995/ 1996. pelajar-pelajar baru menunjukkan minat yang mendalam apabila turut sama bernasyid tatkala waktu lapang. Oleh itu, anggota-anggota al-masaar yang tersedia ada menjemput mereka untuk terlibat sama di dalam al-masaar. memandangkan al-masaar kian berkembang dan jemputan persembahan juga bertambah, maka anggota-anggota prominen di dalam al-masaar merasakan perlu untuk kumpulan ini bergerak secara lebih terurus dan sistematik. Maka, timbullah idea supaya kumpulan ini membuat perjumpaan pertamanya. Usul perjumpaan pertama dan idea pengurusan yang sistematik ini telah dipersetujui bersama oleh perkumpulan syura kumpulan yang dianggotai 6 orang ahli kumpulan yang prominen. Mereka adalah; ameen, aziz, effendi, hamzah, mu'adz dan saiful. Setelah perjumpaan pertama diadakan, anggota kumpulan telah sebulat suara memilih mohd. saiful adli untuk menerajui kumpulan ini. Di dalam perjumpaan tersebut juga, nama "AL-MASAAR" telah dipilih di antara puluhan nama lain sebagai nama rasmi kumpulan. Di antara tumpuan utama al-masaar bagi sesi ini ialah mempertingkatkan keupayaan kumpulan dan memperkasakan lagi kebolehan dan bakat yang tersedia ada. Sebagai medan ujian, al-masaar telah meletakkan sasaran persembahan terbesarnya di Malaysia (cuti musim panas) bersempena dengan penganjuran Nadwah Pertama "Persatuan Pelajar-pelajar Melayu di Kuwait", bertempat di Gombak (Malaysia). Tahun ini juga merupakan detik yang bersejarah apabila anggota-anggota senior di dalam al-masaar dipindahkan ke asrama lain di Salmiya yang jaraknya adalah lebih kurang 15 kilometer dari asrama sedia ada di Qortuba atas alasan bilangan pelajar yang makin bertambah (kami mengesyakinya sebagai dasar "Pecah, Perintah" atas beberapa alasan yang amat kukuh, mamandangkan persatuan kami adalah antara persatuan yang terkukuh di asrama).

almasaar salmiya; vocalists: ameen, hamzah, mu'adz, saiful, mustaqim dan syamsul. percussionists: aziz dan effendi.

al-masaar qortuba; vocalists: al-amin, ali, ayi, adol ayi, dzariff, faiz, hamzah hamid, hasrudi, rashiq, sofyan dan yazid. percussionists: al-amin dan sofyan.

AL-MASAAR (SALMIYA DIVISION)

             
Muhd. Ameen Kamaruzaman   Abdul Aziz
Nordin
  Mohd. Effendi
Suparde
  Hamzah
Kamaruzaman
  Mu'adz
Dzulkefly
  M. N. Mustaqim
Abdullah
  M. Saiful Adli
Ayub
  Syamsul Arifin
Al-Betawi

AL-MASAAR (QORTUBA DIVISION)

             
Ayi Muzaini
Amin Kosasih
  Adol Ayi
Yuno
  Mohd. Dzariff
Abdul Wahab
  Faiz Farid
Syukri
  Mohd. Yazid
Shapandi
  Al-amin
Jaminon
  Mohd. Ali
Rohani
  Mohd. Hamzah
Hamid

   
Mohd. Hasrudi
Norhisham Tham
  Ahmad Rashiq
Hj. Alwi
  Sofyan
Mohd. Yadi


SUMMER HOLIDAYS 1996 | JUN '96 - OGOS '96)
musim panas tiba lagi, begitu juga musim cuti. anggota-anggota al-masaar kembali ke tanahair masing-masing. sepanjang cuti musim panas dan terus bergiat aktif.

al-masaar @ malaysia; vocalists: al-amin, ameen, aziz, hamzah dan mu'adz. percussionists: kawan-kawan yang sudi membantu.

AL-MASAAR (aka MASAAR @ MALAYSIA)

       
Muhd. Ameen Kamaruzaman   Abdul Aziz
Nordin
  Hamzah
Kamaruzaman
  Mu'adz
Dzulkefly
  Al-amin
Jaminon




Layari generasi-generasi Al:Masaar:
93/94 | 94/95 | 95/96 | 96/97 | 97/98 | 98/99 | 99/00 | 00/01 | 01/02 | 02/03 | 03/04 | 04/05

___________________________________________________________________________________
index | utama | intro | profail | sejarah | terkini | artikel | rakan | pautan | arkib | forum

Al:Masaar is:
Al-Amin Jaminon | Abdul Aziz Nordin | Mohd. Effendi Suparde | Hamzah Kamaruzaman | Mu'adz Dzulkefly | Sofyan Mohd. Yadi

Best Experience: IE 5.0 ++ | 1024x768. Kindly optimise your screen's contrast & brightness controls for best viewing of colours and effects. For your convenience, use broadband connection. This site is heavy. This site is updated weekly. The web developer & Al:Masaar can both be contacted at masaarhood@yahoo.com, for comments, enquiries or whatsoever.

Developer's assistants: storage doorway | primary colours chart