sejarah_
 



welcome to al:masaar's official web site.

- al:masaar -


>>
al-amin profail al-amin
>>
aziz profail aziz
>>
effendi profail effendi
>>
hamzah profail hamzah
>>
mu'adz profail mu'adz
>>
sofyan profail sofyan
 
Biodata Ringkas

  >>1994   >>1995  
  >>1996   >>1997  
  >>1998   >>1999  
  >>2000   >>2001  
  >>2002   >>2003  
  >>2004   >>2005  
  >>2006   >>2007  
 
Generasi-generasi Al:Masaar





 
SEJARAH

Al:Masaar, sebuah kumpulan yang menggabungkan 6 orang anak muda yang menaruh minat yang mendalam di dalam bidang seni. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1996, sejarah Al:Masaar dikatakan bermula seawal 1994. Anggota-anggota Al:Masaar tidak pernah menjangkakan kumpulan ini mampu bertahan sebegini lama walau tanpa sebarang album. Al:Masaar dianggotai Al-Amin (25), Hamzah (26), Aziz (28), Mu'adz (26), Effendi (26) dan Sofyan (24). Kesemua anggota Al:Masaar (pernah atau masih) menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia... lagi


KISAHNYA BERMULA

Mereka yang pernah menganggotai Al:Masaar merupakan generasi pelajar baru yang belajar di Kuwait selepas daripada peristiwa Perang Teluk 1991-1993. Bermula dari generasi pertama (Sept 1993) hinggalah mereka yang di kalangan generasi selewat tahun 1999. Jangan pelik dan ragu-ragu dengan kenyataan ini tetapi itulah hakikatnya. Jumlah anggota Al:Masaar pernah mencapai bilangan 25. Tetapi mengapa berenam sahaja sekarang? Tak panjang ceritanya boleh baca

Kami rasa ada baiknya dibahagikan perkembangan dan sejarah kumpulan Al:Masaar mengikut tempoh waktu bagi mudah diperincikan, ok kan?


1.0 FASA PENUBUHAN

Tempoh pengajian peringkat Thanawi (menengah) di Kuwait merupakan suatu masa yang singkat bagi setiap individu yang perpeluang mengaji di sana. 5 tahun berada di perantauan telah benar-benar mengajar kami hidup berdikari selain merasakan kemanisan waktu bersama teman-teman yang tiada nilai tandingnya. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama, dan yang paling manis adalah pabila tali persaudaraan yang dipertemukan Allah ini merentasi negara iaitu negara Malaysia, Singapura, Thailand (Fattani) & Indonesia. Makan sedulang (seplastik) dan bergusti juga bermain bola (riadhah) setiap Jumaat itu sudah menjadi rempah ratus yang menyuburkan ukhuwwah ini. Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan peluang ini.

Memandangkan terdapat pelbagai aktiviti yang disusun abang-abang senior, maka hadirlah IDEA untuk menyerikan majlis dan juga pertemuan kami dengan dendangan nasyid dan irama yang kerap kalinya, begitu menyentuh sukma.

Hal inilah yang telah mempertemukan insan-insan seni dari keempat-empat buah negara ini untuk menyumbang (kadang-kadang tu sumbang juga deh!). Bermula dengan hanya 10 orang, ia bertambah kepada 13 dan akhirnya 25.

Selain itu, semestinya, kami dan teman-teman lain juga berlakon dan masyaAllah, idea dan skrip yang dipentaskan memang begitu bernas dan terkadang juga futuristik sekali, sehingga ada cadangan ia diperkemas semula untuk tujuan persembahan di tanahair masing-masing (InsyaAllah... team lakonan pun memang standby aje).

1.1 Pengaruh Nasyid dan Muzik

Waduuuh! Sudah tentunya yang kami dengar pada ketika itu adalah semua album nasyid yang berada di pasaran terutamanya, Nadamurni (memang masyuk habisss!), The Dzikr (stylo!), Brothers (wah wah) Nahwan Nur (kreatif!), Al-Wadi (semangat betul!...), SMAP Labu (yeah yeah!,) Mirwana (That's it guys!) dan pelbagai lagi nasyid-nasyid yang kerap menjadi sumber persembahan kami di sana.

Moga kalian yang menjayakan lagu-lagu nasyid tersebut akan terus diberkati Allah. Termasuk juga nasyid yang telah sedia ada di sana.. (buat Kuwait Guyz, ingat lagi? Hal turana naltaqi am annahaa.. Hmmm memang bergetar jiwa-jiwa!) dan juga Snada (wow!).

1.2 Jenis Persembahan Yang Dipenuhi

Persis dengan semangat sukarelawan yang ada pada kumpulan ini, hampir setiap program Persatuan Pelajar Melayu Kuwait (PPMK) dihidangkan dengan persembahan kami. Selain itu, persembahan di sekolah kami (Maahad Deeni), di Universiti Kuwait, majlis-majlis keramaian, persembahan budaya peringkat nasional dan antarabangsa juga persembahan di Kedutaan menjadi tempat-tempat yang lumrah.

Apa yang menarik untuk dikongsi, kami jarang sekali menggunakan alat ketuk ketika itu demi menghormati pegangan dan pandangan orang-orang Islam di sana yang tidak bersetuju dengan penggunaan demikian. Bagi kami, perbezaan pendapat itu Rahmat, dan usaha dakwah mesti terus berjalan, InsyaAllah.


2.0 FASA PENYESUAIAN

Pada penghujung tahun 1996, lahir Al:Masaar Malaysia dan Al:Masaar Singapura (atas nama kumpulan Al-Manar) hasil daripada tuntutan untuk berbuat demikian memandangkan banyak juga jemputan yang perlu dipenuhi tatkala kami pulang bercuti di tanahair masing-masing. Kedua-dua kumpulan ini terdiri daripada 5 orang. Pokoknya, aktiviti nasyid kami terus giat sekalipun kembalinya kami dari tanah Kuwait (Alhamdulillah)

Tahun 1998 menyaksikan pula batch pertama Al:Masaar menamatkan pengajian mereka di Kuwait. Ada yang sambung di Universiti sana dan majoritinya pulang ke halaman kampung masing-masing tak kurang yang dapat melanjutkan pengajian ke Universiti tercinta, UIA dan yang sambung di UIA kebetulan merupakan antara pengasas dan penggerak utama Al:Masaar.

Pada peringkat permulaan, Al:Masaar tetap memenuhi jemputan di dalam kampus sekalipun kami cuma ada 3 orang ahli di sana. Ini telah memaksa kami untuk cuba mempelbagaikan susunan vokal agar ia tidak membosankan malah kerapkali mahukan kelainan dalam penyusunan suara trio ini. Alhamdulillah, nampaknya respon di UIA baik.

Kewujudan kumpulan-kumpulan nasyid yang handal-handal di sana ketika itu seperti Suara Hati, AlarmMe, IntoWeSee, Kawan, Farhan dsb memberi kami motivasi yang secukupnya.

Pengalaman bersama dengan mereka juga banyak di bawah persatuan "Nasyid Club" dan juga "Gabungan Aspirasi Budaya" dan yang lebih manis lagi adalah penggabungan kumpulan-kumpulan ini di bawah nama ASPIRASI yang (ehemmehem..Alhamdulillah) telah merangkul kejuaraan Pertandingan Nasyid Intervarsiti MAKUM sebanyak 3 kali berturut-turut.

Kembali kepada cerita Al:Masaar, kami bertambah kukuh dengan kehadiran 2 orang lagi sahabat seangkatan (di Kuwait) yang baru sahaja ditawarkan pengajian di UIAM pada penghujung 1999. Setelah setahun bersama, salah seorang dari mereka menarik diri, dan pada penghujung tahun 2000, Al:Masaar disertai 2 orang junior kami di Kuwait yang sambung belajar di UIA.

2.1 Pengaruh Nasyid dan Muzik

Sudah tentunya, kami mendengar album-album nasyid kumpulan pioneers dalam bidang ini seperti Raihan, Hijjaz, Rabbani, Brothers (kini Brotherz) dan sebagainya. Waktu ini, banyak kumpulan nasyid yang tumbuh dan dalam diam, Al:Masaar juga berhasrat untuk menghasilkan album sendiri.

Tika ini juga, kami sudah mula dengar muzik-muzik barat berentak R&B, Pop, Ballad terutamanya kumpulan yang memberi penekanan kepada susunan vokal yang baik selain muzik. Kami gemar mendengar Boyz II Men, Az Yet, All 4 One dan seterusnya Boy Band seperti BSB, NSync, 98 degrees dsb. Ini adalah untuk mengembangkan pemahaman kami terhadap muzik dan vokal yang cukup indah (Tapi jangan khayal dengan liriknya tak tentu pasal pulak). Bagi kami, muzik dan nyanyian itu suatu nikmat Allah yang cukup indah, dan kebolehan menghargai seni ini boleh mendekatkan diri kita padaNya. Tambahan pula, ia adalah suatu kekuatan yang perlu umat Islam miliki untuk mencipta produk yang 2 kali ganda lebih kualiti daripada apa yang sudah tersedia ada pada hari ini.

2.2 Jenis Persembahan Yang Dipenuhi

Seperti biasa, Walimatul Urus, nyanyian di kampus dan di kolej dan beberapa badan-badan korporat.

(Mengadakan persembahan di tanahair tidak sama ketika berada di seberang laut. Manakan tidak, kami berpeluang untuk menggunakan semula segala kreativiti dan peralatan serta prasarana yang ada, di mana tidak semua yang dijanakan oleh minda kami dapat dilaksanakan sebagai menghormati pegangan dan pandangan muslimin di sana. Apa pun, itu semua telah banyak mendidik kami menjadi insan yang sabar dan kreatif...)


3.0 FASA KEMATANGAN

Tidak keterlaluan jika kami mengaku bahawa fasa yang terbaru adalah sejurus selepas kami kenal dengan Persatuan Penggiat Industri Nasyid (PIN) - terima kasih En. Mahadi, Abg. Zaidi dan Abang Zamani, Abg. Salleh (Brotherz), dan tak lupa juga Waie. Kami sepakat untuk menyumbang tenaga kami di sana, dan "akibatnya", kami berpeluang untuk lebih rapat lagi dengan artis-artits nasyid tanahair terutama ketika nak selesaikan projek Seerah Junjungan (SJ) dan ia merupakan suatu penghormatan bagi kami.

Dalam tempoh ini juga, kami diberi peluang untuk mengisi slot-slot di pelbagai majlis dan waktu. Pendek kata, terdapat banyak yang boleh dipelajari dan tak kurang juga spill overs yang pelbagai.

Apa yang penting adalah, seperti kumpulan-kumpulan yang lain, kami ingin terus belajar dan memperkemas persediaan yang sepatutnya kerana tak lama lagi, maybe kami nak buat album, betul tak.. :)

Bersediakah Al:Masaar untuk menyumbang SESUATU kepada komuniti? Sebab kata hikmah berbunyi, "Sesiapa yang tidak ada sesuatu, masakan bisa memberi sesuatu kepada orang lain...."


Mudah-mudahan...


Bagi sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama Al:Masaar, bolehlah melayari generasi-generasi Al:Masaar seperti berikut:

1993/1994 | 1994/1995 | 1995/1996 | 1996/1997
1997/1998 | 1998/1999 | 1999/2000 | 2000/2001
2001/2002 | 2002/2003 | 2003/2004 | 2004/2005


















 
 
 


___________________________________________________________________________________
index | utama | intro | profail | sejarah | terkini | artikel | rakan | pautan | arkib | forum

Al:Masaar is:
Al-Amin Jaminon | Abdul Aziz Nordin | Mohd. Effendi Suparde | Hamzah Kamaruzaman | Mu'adz Dzulkefly | Sofyan Mohd. Yadi

Best Experience: IE 5.0 ++ | 1024x768. Kindly optimise your screen's contrast & brightness controls for best viewing of colours and effects. For your convenience, use broadband connection. This site is heavy. This site is updated weekly. The web developer & Al:Masaar can both be contacted at masaarhood@yahoo.com, for comments, enquiries or whatsoever.

Developer's assistants: storage doorway | primary colours chart