 |
| PENGENALAN |
 |
AL:MASAAR
Al:Masaar, sebuah kumpulan yang menggabungkan 6 orang anak muda yang menaruh minat yang mendalam di dalam bidang seni.
LATARBELAKANG
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1996, sejarah Al:Masaar dikatakan bermula seawal 1994. Anggota-anggota Al:Masaar tidak pernah menjangkakan kumpulan ini mampu bertahan sebegini lama walau tanpa sebarang album, hanya tautan ukhuwwah dan persahabatan yang mengikat.
ANGGOTA
Al:Masaar kini dianggotai (dari kiri) Effendi (27), Al-Amin (26), Sofyan (25), Mu'adz (27), Hamzah (27) dan Aziz (29). Kesemua anggota Al:Masaar pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
MAKNA
Al:Masaar bermakna "laluan" ("the path" di dalam bahasa Feringgi).
KONSEP
Konsep yang pernah diterokai Al:Masaar adalah pelbagai, dan yang terkini adalah a cappella, genre muzik yang amat luas ruang lingkupnya.
KEBOLEHAN??
Selain menyanyi, anggota-anggota Al:Masaar juga berkebolehan di dalam berbagai aktiviti seni lain termasuk bersilat, tarannum, choral speaking (main-main sambil mencuba), berlakon (teater, pentomen, dsb.), penulisan (puisi, lirik, skrip, storyboard), seni grafik (khat, grafik komputer, dsb.) dan sedikit kebolehan bermain alatan muzik seperti perkusi, gitar, piano, seruling/ rekorder, dan violin (cuba-cuba je).
MATLAMAT
Hasrat Al:Masaar di dalam bidang seni hanyalah sekadar "menghidangkan" sedikit keseronokan dan rasa kebahagiaan di dalam diri insan-insan yang mencarinya, dan memenuhi ruang-ruang kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam merealisasikan hasrat kami itu.
NAMA
Nama rasmi kumpulan ialah Al-Masaar. Bermula pada 2004, nama rasmi kumpulan ditulis AL:MASAAR. Namun begitu, sebutannya masih sama. Kami juga mengalu-alukan panggilan Masaar (tanpa 'al') bagi sesiapa yang menghadapi kesukaran menyebut perkataan-perkataan arab.
TRADEMARK
Berikut adalah simbol pengenalan Al:Masaar.
Jika dibaca dengan abjad romawi, mulalah dengan huruf 'm', nescaya anda akan terjumpa perkataan 'masar'. tanda "-" di atas huruf "a" adalah untuk tujuan transliterasi. Jika diperhatikan dengan lebih teliti, logo ini juga memuatkan beberapa huruf arab di dalam font 'kufi' yang akhirnya membentuk perkataan 'masaar' di dalam tulisan arab. logo ini adalah hasil kreativiti brother Hamzah daripada Al:Masaar. proses seterusnya (construction - proses kemasan) disempurnakan oleh brother Busyairi Ahmad, mahasiswa tahun akhir di KAED. (Kulliyyah of Architecture and Environmental Design), UIAM. (untuk melihat proses,
klik sini)
UNJURAN
Al:Masaar kini sedang di dalam proses menanti anggota ketujuhnya yang bakal menamatkan pengajiannya bila-bila masa saja lagi. Tahun 2007 bakal menyaksikan Al:Masaar yang baru dengan penuh kelainan, jauh dari kebiasaan dan dengan sebuah konsep yang tidak pernah dipersembahkan atau dipentaskan sebelum ini. Nantikannya, 2007.